resepi rendang ayam sedap azie kitchen

Untukmenyediakan hidangan yang sedap Resepi rendang ayam azie kitchen. - Dapur Tanpa Satu kelebihan blog resepi azie kitchen ini beliau menyenaraikan bukannya satu tapi ada yang sampai 5 dan lebih resepi-resepi masakan kek dan desert yang zsharer suka contohnya resepi nasi ayam yang memang favorite zharer yang disenaraikan ada macam macam jenis. Naktengok Ayam Masak Merah lauk kenduri dari tukang masak tersohor Batu Pahat boleh klik di SINI Mcm biasa lps basuh beras sy masukkan santan air daun pandan dan garam then tekan button periuk Rendang is an Indonesian spicy meat dish originating from the Minangkabau region in West Sumatra Indonesia. Previous: Resepi My Nasi Tomato Ayam Masak Merah Bahanbahan: ayam (diperap dengan garam, lada sulah dan telur putih) tepung jagung. 4 ulas bawang putih (dicincang) 7-9 tangkai cili api (dihiris nipis) 3 tangkai daun kari. 2 sudu besar mentega. ½ tin susu cair/sejat. 1 sudu besar susu pekat manis. AyamMasak Kurma Yang Sedap Azie Kitchen images that posted in this website was uploaded by Authtool2.britishcouncil.org. Ayam Masak Kurma Yang Sedap Azie Kitchen equipped with a HD resolution 35 x 35.You can save Ayam Masak Kurma Yang Sedap Azie Kitchen for free to your devices. From Dapur Bubu Lemang Jagung N Rendang Ayam For Raya Haji Namunbegitu ia juga sesuai dijadikan hidangan harian Resepi ayam pandan azie kitchen Sejak pandai tengok ig kawan2 yang amalkan eat clean ni macam2 menu simple tapi sedap dan mengenyangkan kita boleh try And yet nasik tu berkerak tebal kat bghn bwh.. Resepi tradisional resepi lama dan resepi dari tukang tukang masak kampung Resepi ayam pandan azie kitchen It has spread across Indonesia to the Mag Je Flirten Als Je Een Relatie Hebt. Setiap kali menjelang raya, kami akan singgah di Batu Gajah untuk membeli rendang tok yang dijual di Bazar Ramadhan dalam perjalanan balik ke kampung suami di Parit Perak. Memang sedap kerana rendang tok memang berasal dari negeri belajar memasak rendang tok dari arwah Bonda Mertua. Beberapa kali juga memasak sama sama dengan arwah sehingga saya dah boleh menghafal bahan bahannya. Balik Kelantan pun saya menyediakan rendang tok menggunakan daging Korban. Saya mengajar bekas pembantu rumah saya, Sri Handayani dan beliau juga boleh memasak dengan sedap. Seperti biasalah bila pembantu rumah dah pandai, semua bahan disediakan beliau. Jadi lama lama kelamaan saya menjadi lupa sukatan bahan bahannya. Walaupun saya ingat semua bahan bahan yang digunakan. Resipi bonda mertua lagi mudah, campakkan semua bahan ke dalam kuali bersama daging, tak perap. Kemudian masak sehingga air daging keluar dan kering, baru dimasukkan santan. Kacaulah sehingga kuah kering yang disukai. Itu semua tinggal kenangan, saya kini merujuk kepada kakak ipar untuk memasak rendang tok kerana beliau juga orang Perak. Sayang sebenarnya kerana resipi tradisionak macam ni, jika tak disimpan betul betul, akan hilang meriahnya. Bila Bonda Mertua meninggal, kami pun dah tak balik kampung lagi. Sekarang beraya hanya di rumah sendiri. Kerana kami menpunyai anak anak yang telah berkahwin yang juga bergilir beraya di rumah mertua mereka pula. Saya beruntung kerana berbesan dengan orang orang di sekitar lembah Klang sahaja. Sebelah tengahari baru bertolak untuk beraya rumah kawan kawan atau saudara mara. Haa itulah sedikit sebanyak kisah bagaimana saya belajar menyediakan rendang tok kerana saya orang Kelantan. Bukan orang Perak. Tapi minat saya untuk belajar resipi masakan tradisional sangat tinggi. Bukanlah sangat kerana nak makan, kalau sekadar nak makan beli sekilo pun dah cukup. Jadi kalau nak cuba masak rendang tok, boleh guna resipi di bawah ini. Lebih lebih lagi orang Perak, kenalah pandai dengan resipi tradisi negeri mereka. Tak boleh nak harapkan orang tua tua lagi. Saya dulu mesti nak belajar, soal masak atau tidak, itu belakang kira. Yang penting resipi ada kat tangan. Jadi kalau nak belajar, boleh beli buku resipi Azie Kitchen, Hebat Di Dapur. Ada resipi rendang tok di layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa menonton video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....Rendang Tok Oleh Azie Kitchen Bahan A1 kilo daging - potong kiub saiz sederhana4-5 sudu besar cili kering kisar - ikut pedas disukai3 kuntum bunga lawang, 1 batang kulit kayu manis, 3 inci biji buah pelaga5 biji bawang merah - hiris3 ulas bawang putih - hirisBahan B kisar halus5 biji bawang merah3 ulas bawang putih1 inci halia1 inci lengkuas5 batang seraiBahan C1 sudu besar jintan kasar/jintan manis1 sudu besar jintan halus/jintan putih1 sudu besar biji ketumbarBahan D3 sudu besar kerisik1 keping gula melaka - 90 gram1 ½ helai daun kunyit - hiris1 kg santan segar pekat1 keping asam kepingSedikit belacan- opsyenalSedikit gula1 ½ sudu besar Knorr Pasti SedapCara caraBahan C digoreng tanpa minyak dan tumbuk bahan A, B dan C ke dalam periuk. Gaul dan perap dengan daging selama 4 jam. Nota lebih sedap jika diperap atas api perlahan sehingga air kering. Kemudian, masukkan santan. Kacau atas api perlahan selama 3-4 jam. Masukkan kerisik, gula melaka dan sedikit sehingga daging mula empuk dan berwarna agak hitam dan kering dan supaya tidak sekali masukkan asam keping dan daun kunyit. Tambah garam, jika perlu Kacau rata. Sesuaikan rasa dan bolehlah ini lebih sedap dan mesra selepas sehari dimasak. 5/31/2019 Oleh kerana beberapa hari lagi nak beraya, kita nak share resepi ulangan iaitu rendang ayam. Beberapa hari lagi pasti ramai akan mula ke dapur untuk merendang. Seperti bisa, kita masuk dulu bab tazkirah. Tazkirah akhir bulan Ramadhan tahun ini di surau tempat saya bekerja. Tazkirah Ustaz Abu Jihad berkenaan hari hari akhir Ramadhan serta amalan sunat menjelang hari raya Aidil Fitri. Ada baki 4 hari lagi, kena pecut lagi laju. Dalam bulan Ramadhan Allah tak nak satu saat pun kita tak dapat pahala sehingga ketika tidur pun dapat pahala. Tidur sebab penat berpuasa. Diam orang berpuasa juga diberi pahala seolah sedang bertasbih. Sebab penat puasa hingga dia diam tak bercakap. Jadi dia diberi pahala. Dalam satu bulan Ramadhan adalah anugerah dari Allah dimulai rahmah, kedua maghfirah iaitu keampunan dan pengakhirannya adalah dibebas api neraka. 3 benda ini adalah intipati Ramadhan supaya bila kita keluar dari Ramadhan kita dapat paling banyak rahmat dan paling banyak Allah ampun dosa. Kalau boleh bersih seperti bayi. Kena pastikan bila keluar dari bulan Ramadhan kita, dijauhkan dari api neraka. Nabi ajar supaya kita berdoa minta dijauhkan dari neraka. Betapa penting nya jauh dari api neraka. Belum lagi bab azab tapi bab bunyi pun dah menggerunkan. Nabi dan sahabat mendengar bunyi jatuh berdentum dan Nabi bertanya apa yang kalian dengar tadi. Kata Nabi itulah bunyi sebiji batu yang dibaling dari puncak neraka dah sampai ke dasar neraka. Bila bunyi kuat bermakna ia dicampak dari tempat tinggi. Bila batu tersebut dicampak dari puncak? Ia dicampak dari puncak neraka sejak 70 tahun lalu. Bayangkan betapa dalamnya neraka sehingga 70 tahun baru sampai ke dasarnya. Itu baru berita betapa dalamnya neraka. Belum lagi cerita bab azab neraka. Azab neraka yang paling ringan ialah pakai terompah api neraka, menggelegak otak. Jauh kaki dengan otak tapi tetap menggelegak. Tiada azab yang lebih ringan dari itu. Bila masuk neraka, tak ada orang berani nak tarik atau selamatkan kita. Api dunia pun orang tak berani nak selamatkan. Ingat dulu kes kemalangan di lebuhraya di mana lari tangki telah melanggar lori yang sedang berhenti. Ianya menyebabkan lori terbakar dengan pemandunya sekali. Walaupun ramai yang melihat, tiada yang berani menolong. Yang ada hanya merakam video beliau yang sedang menjerit jerit meminta ditolong sahaja. Apa lagi api neraka. Jadi kena bermuhasabah sebelum tidur setiap malam, apakah amalan yang aku buat lepas aku tidur yang boleh menyelamatkan aku dari api neraka ya Allah. Para sahabat tak ada yang akan masuk neraka, pun mereka selalu bertanya pada Nabi apa kah amalan yang boleh selamatkan dari api neraka. Apa dia amalan itu yang boleh bantu kita di akhirat. 2 amalan seperti berikut Pertama syafaat Al Quran. Al Quran akan jadi pembela pada orang yang bersahabat dengan Al Quran. Walau macam mana baik dan loving pun kita dengan pasangan, belum tentu dia akan membantu kita di akhirat. Di akhirat, silap silap pasangan kita akan tuntut pahala dari kita. Tapi Al Quran akan tolong kita. Allah simpan syafaat Al Quran untuk kesannya dari pahala boleh tolong kita di akhirat. Jadi kita sekarang mungkin tak rasa kesan bacaan Al Quran selain dari memberi rasa tenang. Biar Ramadhan jadikan kita seronok dengan Al Quran. Kedua, syafaat dari sedekah. Sedekah juga akan jadi pembantu kita. Di dunia, sedekah menjadi sebagai benteng dari sebarang bala. Allah halang dari bencana. Di akhirat sedekah akan menjadi benteng dengan api neraka. Allah ringankan dan permudahkan urusan hidup kita. Sebab tiap hari Allah hantar 2 malaikat yang akan doakan kebaikan dan doakan keburukan buat kita. Bila jadi pemurah, akan didoakan kebaikan. Bila hari tu kita jadi orang kedekut, maka kita didoakan kecelakaan. Doa malaikat Allah tak tolak. Kedua, sedekah akan meringankan masa sakaratul maut. Mati itu sakit. Rasulullah pun sakit walaupun ketika malaikat nak ambik nyawa baginda, malaikat minta izin terlebih dahulu. Akhir sekali, sedekah akan meringan dan kemudahan ketika dihitung di hadapan Allah. Di hadapan Allah, kita seperti orang berada di kandang orang salah seperti mahkmah dunia. Kita akan cari amalan amalan yang boleh tolong selamatkan dari api neraka. Jadi perbanyakkan lah bersedekah di akhir Ramadhan ini. Boleh keluarkan zakat pendapatan ketika bulan Ramadhan untuk mengambil kesempatan pahala berganda. Jangan sesekali meninggalkan solat Terawih. Biar habis sekali dengan iman. Barulah dapat pahala seolah beribadah sepanjang malam. Kalau malam tersebut kebetulan dengan Lailatul Qadr, kita dapat seolah ibadah 1000 bulan. Kena anggap Ramadhan terakhir. Bab beraya pulak juga ibadah. Malam raya bermula Maghrib dah masuk 1 Syawal. Malam raya adalah termasuk malam yang mustajab doa. Malam lain ialah malam jumaat, malam nisfu syabaan, malam lailatul qadr, malam aidil fitri dan malam hari raya aidil adha. Kena perbanyakkan berdoa pada malam malam tersebut. Apa yang sunat dilakukan. Sunat melaungkan takbir setelah anak bulan syawal kelihatan. Tahu jer terus takbir sehingga selesai solat Aidil Fitri. Bayar zakat fitrah. Paling afhdal ialah sebelum solat raya. Itu sebab solat raya aidil fitri dilewatkan. Sunat malam raya berzikir dan solat tasbih. Sunat mandi dengan niat kedatangan hari raya sebelum ke masjid. Sunat pakai bau bauan yang harum bagi lelaki. Orang perempuan cukup sekadar bauan untuk hilangkan bau kurang enak. Membersihkan diri, buang bulu, potong kuku dan pakai pakaian yang elok menutup aurat. Pakaian raya jangan lah menyebabkan kita kena bakar balik dari api neraka. Sunat makan sedikit pada pagi sebelum ke masjid. Makan sekadar membezakan hari puasa dan hari raya yang boleh makan di siang hari. Solat raya. Sunat ke masjid untuk solat raya. Balik dari masjid disunatkan mengikut jalan lain untuk mengucapkan "Taqabbalallahu minna wa minkun". Apa apa kita buat seperti open house, di niat untuk ibadah untuk menyebarkan salam, bagi makan pada orang dan niat untuk menyambung silaturrahim. Namun begitu, jangan ada maksiat dalam majlis itu. Setakat ini dahulu, semoga bermanafaat... Rendang ayam ini sangat versatile. Boleh dimakan dengna apa sahaja. Nasi putih, nasi lemak, nasi impit, mee hoon, lemang dsb. Jadi tak perlu tunggu raya pun, boleh masak rendang. Insya Allah untuk raya ini, saya akan menyediakan rendang ayam versi Bonda Mertua saya di SINI. Jom layan resepi di bawah ini dan juga jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba... 2 senduk nasi cili kering kisar - ikut pedas disukai 2 helai daun kunyit - hiris halus 1 batang serai Cara cara Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan bahan hiris sehingga wangi. Masukkan cili kering kisar dan tumis lagi sehingga agak agak cili masak. Masukkan bahan kisar dan masak lagi sehingga bahan tumis terbit minyak. Masukkan ayam dan kacau rata sehingga ayam kecut dan air ayam kering. Masukkan santan dan kacau sehingga mendidih dan terbit minyak. Masukkan gula, gula Melaka, garam dan asam keping. Kemudian masukkan kerisik. Setelah hampir masak, taburkan daun kunyit. Tutup api bila kuah rendang sesuai dengan kesukaan masing masing. Jika untuk dimakan dengan nasi, saya suka rendang yang basah dan berkuah. 7/01/2018 Manusia hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan. Banyak undangan majlis perkahwinan dan majlis rumah terbuka semalam dan hari ini tidak dapat saya hadiri kerana saya demam dan selsema yang agak teruk. Selepas majlis rumah terbuka Bank tempat saya bekerja hari Jumaat lalu, saya telah merasa tidak sedap badan bila saya mula bersin dan hidung mula berair. Balik rumah cepat cepat mengambil panadol dan ubat sakit tekak. Tapi nampak tidak dapat mencegah saya dari terus demam. Ingat hari ini hendak ke majlis rumah terbuka Datin Rafidah, tapi badan rasa ringan melayang sahaja. Jadi sebelum apa apa yang tidak diingini, saya memutuskan untuk tidak ke mana mana. Jadi mahu tidak mahu saya terpaksa ke dapur memasak yang ringkas ringkas untuk makan tengahari saya, suami, Juita dan Aween. Resepi saya hari ini adalah Rendang Cili Padi yang dimakan dengan lemang periuk kera dan juga nasi impit. Ya lah masih dalam suasana raya kan... Telah bertahun saya meminta resepi rendang ayam cili padi dari Ali, rakan sekerja. Ianya selepas saya makan rendang ayam yang dimasak oleh isteri beliau di satu majlis makan makan di pejabat bebeerapa tahun lepas. Tapi saya gagal mendapatkannya sehingga majlis rumah terbuka Bank hari Jumaat di mana isterinya hadir bersama. Apalagi, saya terus bertanya resepi dari tuan punya diri. Kebetulan saya memang telah lama bercadang untuk memasak rendang ayam cili padi dan bersembang sembang dengan Maznah, rakan sekerja. Dia cakap reka sendiri lah kak zie bila saya beritahu yang saya telah lama mencari resepi rendang cili padi. Jadi sambil bersembang, saya menulis resepi untuk rendang ayam cili padi. Terdapat banyak versi ada yang ditumis, ada yang dimasukkan rempah jintan dsb. Jadi bila isteri Ali sudi berkongsi resepi, lebih mudah saya bertanya bahan yang digunakan. Cuma perlu compare sahaja bahan yang diberi dengan resepi yang telah saya tulis. Jom layan resepi yang telah saya tulis di bawah ini. Juga jangan lupa video di Azie Kitchen youtube channel di SINI. 1 sudu besar serbuk kunyit - untuk cantikkan warna 1 helai daun kunyit - dihiris 1/2 kg santan pekat 1 sudu kecil cili kering kisar - opsyenal 1 sudu besar garam kasar atau secukup rasa 15 tangkai cili padi hijau dan merah - boleh tambah jika suka pedas Bahan bahan kisar dikisar dengan santan tapi jangan terlalu hancur supaya rendang akan lebih berserdak. Masukkan ayam, serbuk kunyit dan bahan kisar ke dalam kuali dan nyalakan api kecil seketika agak agak air ayam kering. Setelah air ayam kering, masukkan santan dan daun limau purut. Saya juga letak sedikit cili kering kisar sekadar hanya untuk mencantikkan warna. Selalu dikacau di bahagian bawah kuali supaya tidak hangit dan melekat. Jangan kacau ayam, untuk mengelakkan ayam hancur. Setelah terbit minyak dan hampir kering, masukkan kerisik, garam dan gula. Masak sehingga kering yang disukai denga api yang kecil. Akhir sekali, masukkan daun kunyit yang dihiris halus. Tutup api. Jika suka, boleh juga ditumis terlebih dahulu bahan kisar sebelum dimasukkan ayam dan santan. Jika mahu rendang yang kering, biarkan lama lama atas dapur dengan api yang kecil, kacau di bahagian bawah kuali supaya tidak hangit dan melekat. Cara mengacau juga penting. Resepi ini tidak menggunakan asam keping, tapi jika suka boleh letak 1 keping asam keping. Resepi rendang daging Azie Kitchen adalah salah satu hidangan yang sangat popular di Malaysia dan pastinya akan memenuhi selera anda yang mencari hidangan yang lezat dan pedas. Rendang daging yang dimasak dengan sempurna pasti akan menjadi hidangan yang paling disukai oleh keluarga anda. Dalam artikel ini, kita akan membincangkan resepi rendang daging Azie Kitchen secara terperinci, termasuk bahan-bahan dan langkah-langkah yang diperlukan untuk membuat hidangan yang enak ini. Apa itu Rendang Daging?Apa yang membuat Rendang Daging Azie Kitchen berbeza?Bahan-BahanCara MemasakTips memasak rendang daging yang sedapFAQsBerapa lama masa yang diperlukan untuk memasak rendang daging Azie Kitchen?Bolehkah saya menggunakan daging ayam untuk resepi ini?Bolehkah rendang disimpan dalam peti sejuk?Bagaimana untuk mengurangkan rasa pedas dalam rendang?Adakah rendang daging Azie Kitchen sesuai untuk majlis kenduri atau perayaan?Conclusion Apa itu Rendang Daging? Sebelum kita bermula, mari kita ketahui apa itu rendang daging. Rendang daging merupakan salah satu masakan tradisional dari Indonesia dan Malaysia. Masakan ini biasanya dimasak dengan menggunakan daging yang dipotong kecil-kecil dan dimasak dalam rempah yang kaya dan lemak santan. Rendang daging mempunyai cita rasa yang sangat pekat dan kaya, dan biasanya dimakan dengan nasi putih. Apa yang membuat Rendang Daging Azie Kitchen berbeza? Resepi rendang daging Azie Kitchen menggunakan rempah-rempah yang unik dan tidak biasa, dan juga santan yang kental dan pekat. Rempah-rempah ini termasuk serai, kunyit, halia, bawang merah, bawang putih, lada hitam, jintan manis, dan kayu manis. Santan yang kental digunakan untuk menghasilkan rendang yang lebih lezat dan pekat. Bahan-Bahan Sebelum kita memulakan proses memasak, pastikan anda telah membeli semua bahan yang diperlukan dalam resepi rendang daging Azie Kitchen. Berikut adalah senarai bahan-bahan yang diperlukan 1 kg daging lembu 2 liter santan kental 4 batang serai dimemarkan 2 inci halia dihiris halus 10 kuntum cili kering dibasuh dan dikisar 5 biji bawang merah dikisar 5 ulas bawang putih dikisar 1 sudu besar jintan manis dikisar 1 sudu besar lada hitam dikisar 1 inci kayu manis 1 sudu teh garam 2 sudu besar gula perang Cara Memasak Berikut adalah langkah-langkah mudah untuk memasak rendang daging yang sedap Potong daging lembu kepada saiz yang diinginkan. Tambahkan sedikit air ke dalam periuk dan rebuskan daging sehingga empuk. Setelah daging empuk, toskan airnya. Tambahkan serai, halia, cili kering, bawang merah, bawang putih, jintan manis, lada hitam, dan kayu manis ke dalam periuk dan masak hingga naik bau. Tambahkan santan kental dan garam ke dalam periuk dan biarkan mendidih sambil diaduk perlahan-lahan. Setelah mendidih, kecilkan api dan biarkan rendang daging Azie Kitchen masak sehingga airnya kering dan santan menjadi pekat dan kental. Setelah rendang daging Azie Kitchen masak, tambahkan gula perang dan aduk rata. Angkat dari api dan hidangkan rendang daging Azie Kitchen dengan nasi panas atau lemang. Baca juga Rendang Ayam Azie Kitchen Tips memasak rendang daging yang sedap Berikut ini beberapa tips dari resepi rendang daging Azie Kitchen Pastikan anda menggunakan daging yang baik kualitinya dan memotongnya kecil-kecil supaya lebih cepat empuk. Kacau-kacau santan dan rendang supaya ia tidak melekat di bahagian bawah periuk. Jangan terlalu banyak menggunakan air supaya rendang lebih pekat dan sedap. Biarkan rendang mendidih sehingga kering supaya rasa rempah lebih sebati dengan daging. Jangan terlalu banyak mengaduk rendang ketika santan telah ditambahkan, kerana ini akan menyebabkan santan pecah dan rendang tidak akan menjadi kental. Jika rendang terlalu pedas, tambahkan gula perang sedikit demi sedikit sehingga pedasnya berkurangan. Untuk menambahkan lagi rasa dan aroma rendang, boleh ditambahkan daun kunyit, daun pandan, dan asam keping. Rendang daging Azie Kitchen boleh disimpan dalam peti sejuk selama beberapa hari dan dihidangkan semula apabila dibutuhkan. FAQs Berapa lama masa yang diperlukan untuk memasak rendang daging Azie Kitchen? Masa memasak rendang daging Azie Kitchen adalah selama kira-kira 2-3 jam. Bolehkah saya menggunakan daging ayam untuk resepi ini? Ya, anda boleh menggunakan daging ayam atau daging lain mengikut citarasa anda dengan resepi rendang daging Azie Kitchen. Bolehkah rendang disimpan dalam peti sejuk? Ya, rendang boleh disimpan dalam peti sejuk selama beberapa hari. Bagaimana untuk mengurangkan rasa pedas dalam rendang? Tambahkan gula perang sedikit demi sedikit sehingga pedasnya berkurangan. Adakah rendang daging Azie Kitchen sesuai untuk majlis kenduri atau perayaan? Ya, rendang daging Azie Kitchen adalah hidangan yang sesuai untuk majlis kenduri atau perayaan kerana rasanya yang enak dan kaya. Conclusion Resepi rendang daging Azie Kitchen adalah salah satu hidangan yang sangat popular di Malaysia dan pastinya akan memenuhi selera anda yang mencari hidangan yang lezat dan pedas. Anda boleh mengubah saiz dan jenis daging mengikut citarasa anda, tetapi pastikan untuk menggunakan bahan-bahan yang berkualiti tinggi untuk mendapatkan rendang daging yang sedap dan enak. Dengan menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di rumah anda, anda boleh mencuba resepi rendang daging Azie Kitchen dengan mudah. Pastikan memilih bahan yang berkualiti dan ikuti langkah-langkah dengan teliti. Selamat mencuba! Saya seorang pelajar dalam bidang ekonomi yang mempunyai minat dalam menulis serta memasak. Saya sangat menikmati aktiviti-aktiviti ini sebagai cara untuk meluahkan kreativiti saya. Post navigation 9/29/2015 Harap masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua yang beragama Islam. Hari Raya kali ini agak mendukacitakan bila mendapat tahu pemergian ke Rahmatullah Ustaz Abdul Rasyid dari Tahfiz Ar Rasyid Sg Udang Kelang. Kematian pasti terjadi kepada semua makhluk yang bernyawa. Kita yang masih hidup, perlu menggunakan peluang yang ada untuk menambahkan amalan soleh sebelum kita menyesal. Bila menyentuh bab menyesal, saya ingin kongsikan bahawa saya memang tengah kemaruk hendak membeli handbag baru. Saya rasa amat menyesal kerana beberapa tahun dahulu, kawan saya Dr Mazlina mahu tolong membelikan handbag di Heathrow dengan harga RM6500 tetapi ketika itu, saya teragak agak. Beliau pula hampir berangkat balik. Masa tu, belum ada whatsApp, cuma berkomunikasi melalui email. Email pula bukan terus delivered, kena tunggu beberapa minit. Sekarang harganya telah melebihi dari RM15000. Jadi setiap kali teringat peristiwa ini, saya akan rasa sangat menyesal kerana tidak membeli bag tersebut ketika itu. Dalam masa yang sama, saya berkata sendirian, bagaimana pulak, jika selepas mati, menyesal selama lamanya kerana tidak membuat amalan soleh yang banyak ketika hidup di dunia? Bayangkan dengan urusan dunia pun saya boleh menyesal bertahun tahun. Sebelum kita menyesal, lebih baik kita mula berbuat sesuatu mulai sekarang. Berbalik kepada bab Aidil Adha, saya selalu mendengar ucapan yang mengatakan di Kelantan Hari Raya Adha yang meriah. Pada mulanya saya pun tak mengerti mengapa ianya dikatakan begitu. Adakah kerana ianya diberi cuti selama 2 hari bagi hari Raya Aidil Adha. Hanya setelah ada sedikit ilmu barulah saya faham yang bagi umat Islam seharusnya hari raya Aidil Adha yang disambut dengan meriah kerana adanya ibadah korban yang dibuat pada 10 hingga 13 Zulhijjah. Berkorban adalah ibadah sunat yang sangat dituntut kepada semua yang mampu untuk melakukannya setiap tahun sebgai tanda kesyukuran kepada Allah. Saya menyediakan Rendang Ayam ini untuk dimakan dipagi raya bersama dengan lemang yang hubby tempah. Bercakap pasal hidangan pagi raya, adalah diingatkan bahawa adalah sunat untuk kita tidak bersarapan sebelum mengerjakan solat sunat Hari Raya Aidil Adha berbeza dengan Hari raya Aidil Fitri di mana kita disunatkan makan terlebih dahulu. Berbalik pada rendang, sebenarnya memasak rendang ini sangat mudah dan cepat. Sesiapa pun boleh memasak rendang. Rendang adalah masakan baru pada saya kerana sejak kecil, kami tidak pernah memasak rendang. Setelah bekerja, berhijrah ke Kuala Lumpur dan berkahwin, barulah saya mengenali masakan rendang. Boleh sahaja jika ingin menggunakan bawang merah yang dihiris, tetapi saya tidak punya banyak masa kerana berkesempatan memasak hanya di malam raya. Badan pun telah kepenatan setelah seharian bekerja. Jadi semua bahan hanya dikisar sahaja. Kali ini saya meletakkan buah keras untuk menambah lemak seperti mana juga saya memasukkan buah keras dalam sambal tumis. Jom layan resepi mudah yang saya gunakan pada hari ini. Rendang Ayam Mudah dan Sedap 1 ekor ayam 1 kilo santan - guna 1 santan kotak 2 sudu besar kerisik 2 helai daun kunyit - dihiris halus Minyak untuk menumis Garam Gula/gula merah 20 tangkai cili kering - guna 4 sudu besar cili kisar 2 labu bawang besar 6-8 ulas bawang putih 2 inci kunyit hidup 4 batang serai 3 inci halia 3 inci lengkuas 2 biji buah keras Cara-cara Tumis bahan dikisar hingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan ayam dan biarkan sehingga ayam agak kecut dan kering airnya, baru masukkan santan. Terus masak dengan api kecil sehingga pekat dan pecah minyak. Masukkan kerisik, garam, gula dan asam keping. Akhir sekali, masukkan daun kunyit dan bolehlah ditutup api. Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

resepi rendang ayam sedap azie kitchen